Sunday, March 6, 2016

PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

PERATURAN PENTADBIRAN
PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan diumumkan.
  2. Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65A).  Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lp.edu.my
  4. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut :
    1. dokumen yang disahkan oleh Pengetua/Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
      1. satu (1) salinan Keratan Keputusan Peperiksaan SPM tahun 2015.
      2. markah peperiksaan percubaan.
      3. salinan borang markah Kerja Kursus/PEKA (jika berkenaan)
    2. dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00
    3. wang pos / kiriman wang / bank draf
      1. kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan ialah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.
      2. kaedah bayaran bagi permohonan melalui pos.
        1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank draf yang ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN.  Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula/Kes T supaya tidak tercicir.
        2. Cek persendirian tidak diterima.
  5. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.  Tulis perkataan "PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM TAHUN 2015" pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan di alamat berikut :
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(up: Unit SPM)

6.  Borang permohonan yang diterima selepas tiga puluh hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan SPM tahun 2015 tidak akan diproses.

7.  Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

8.  Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

No comments:

Post a Comment