Wednesday, February 24, 2016

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA ANJURAN BERSAMA KELAB ANTARABANGSA HIROSHIMA DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2016

Adalah dimaklumkan, Kelab Antarabangsa Hiroshima Kuala Lumpur dengan kerjasama dan kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) sekali lagi akan menganjurkan program pertukaran pelajar dan jaringan pendidikan ke luar negara bagi tahun 2016.

Program yang ke 15 ini akan melibatkan negara-negara seperti Jepun, Korea, Australia, United Kingdom, German, Belgium dan Perancis.

Dengan itu pihak sekolah ingin menghebahkan kepada seluruh warga sekolah supaya dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Untuk maklumat lengkap sila ke papan kenyataan di luar kelas 4SC1 atau boleh melayari laman web

http://www.hiroshimainternational.com/

atau email

hiroshimainternationalclubkl@gmail.com

untuk maklumat lanjut mengenai tarikh tutup, pendaftaran dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, February 17, 2016

MARKAH TERKUMPUL YANG TERKINI BAGI SEMUA RUMAH SUKAN TAHUN 2016

Pada 15 Februari 2016 (Isnin) telah berlangsungnya Sukantara di padang SMK IJ Convent Johor Bahru.  Bagi sesi pagi acara dijalankan pada waktu petang (2.30 - 4.30 petang) sementara sesi petang dijalankan pada waktu pagi (7.30 - 9.30 pagi).  Acara yang dijalankan ialah lontar peluru, lompat jauh dan larian 60 meter.  Berikut adalah jumlah markah terkumpul setakat ini


  1. Teresa - 443 markah
  2. Patrick  -  422 markah
  3. Xavier  -  410 markah
  4. Michael  -  369 markah