Murid-murid Tingkatan 1 - 3 digalakkan untuk mengambil ujian UKM 1 mulai bulan Februari hingga April melalui laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my/. Murid boleh menduduki Ujian UKM 1 di rumah, sekolah, kafe siber atau di mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan internet. Selepas menduduki Ujian UKM 1 tersebut, murid perlulah mencetak Sijil Pengesahan Menduduki Ujian UKM 1 dan diserahkan kepada kaunselor sekolah iaitu Puan Norlelawati atau Puan Suraya Hani bagi tujuan rekod. Sekian terima kasih dan selamat mencuba.